top of page

Persatuan Hainan Sandakan sambut ulang tahun ke-122 pada 20 Disember

  • nabalunews
  • Nov 15, 2024
  • 1 min read


14 November 2024


Oleh : Wartawan Nabalu News


SANDAKAN : Sambutan ulang tahun ke-122 Persatuan Hainan Sandakan dan majlis penghargaan warga emas akan berlangsung pada 20 Disember ini di Dewan Hakka, Sandakan bagi menghormati dan mengingati jasa warga emas.


Dalam satu kenyataan, Pengerusi Persatuan Hainan Sandakan, Lim Chee Choi, memberitahu, selain meraikan ulang tahun penubuhan persatuan itu, penghargaan berkenaan juga diberikan kepada penerima yang telah banyak berjasa kepada masyarakat setempat selain menzahirkan rasa terima kasih terhadap sumbangan mereka.


"Ini juga antara komitmen persatuan dalam menghormati dan mengingati jasa warga emas yang sangat dikasihi itu," katanya.


Tambah beliau, orang ramai juga dijemput hadir memeriahkan acara itu yang akan diisi dengan pelbagai acara menarik yang telah disusun pihak jawatankuasa program.


Antaranya persembahan kebudayaan, lagu dan tarian tradisi selain cabutan bertuah.


Pihaknya berharap majlis itu juga berjalan dengan lancar dalam meraikan bersama kegemilangan 122  tahun penubuhan persatuan itu.

 
 
 

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page