top of page

Pertandingan Bintang Patriot Sandakanfm pupuk semangat cintakan negara

  • nabalunews
  • Sep 22, 2024
  • 1 min read

22 September 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Pertandingan Bintang Patriot Sandakanfm 2024 yang dianjurkan stesen Radio Malaysia Sandakanfm, dapat memupuk semangat cintakan tanah air.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Jaffari Waliam, berkata penglibatan belia dari pelbagai peringkat usia memperlihakan semangat mereka untuk sama-sama memupuk nilai kebersamaan dan sayangkan tanah air.


Beliau berharap, pada masa akan datang, acara ini dapat menarik lebih banyak penyertaan dari kalangan pelbagai kaum.


Jaffari ditemui media sejurus merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Bintang Patriot Sandakanfm 2024 yang diadakan di Center Court, Sejati Walk Sandakan, semalam.


Turut hadir, Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah, Ts. Cyril Simon, Pengurus Penyiaran Sandakan, Sugiman Rafai, Penerbit Bintang Patriot Sandakanfm 2024, Dj Abam Shaff dan Dj NY dari Sandakanfm serta hadirin yang datang beramai-ramai bagi sama-sama menyokong peserta bertanding bersempena Hari Malaysia itu.


Pada acara akhir itu, Nainah Nasip, 37, muncul juara dan menerima RM2,000 serta tropi.


Nainah turut memenangi vokal terbaik dan menerima RM3,000 serta tropi.


Naib johan dimenangi Norman Nooh yang membawa hadiah RM1,000 dan tropi sementara Latip Antong ditempat ketiga menerima RM700 serta tropi.


Persembahan terbaik pula dimenangi oleh Herdihan Sudario yang menerima RM500 dan tropi.


Dua lagi peserta akhir yang turut berentap di final, Maserina Juhaepah dan Rozana Sari.

댓글


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page