top of page

Pesta Kaamatan Kampung Kinasaraban Dirasmikan Bersama Carlye dan Ahli Parlimen Kota Belud

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


1 Jun 2026


KOTA BELUD: Pesta Kaamatan peringkat Kampung Kinasaraban di Dewan Tamu Desa Kampung Tonibung Kinasaraban hari ini dirasmikan bersama oleh Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri III, Carlye Lajimin, dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy.


Carlye mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, yang tidak dapat hadir.


Dalam ucapannya, Carlye memohon Isnaraissah turut serta merasmikan majlis tersebut.

Beliau turut menyatakan akan menyampaikan aduan serta permohonan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Lerry Sikol, kepada pihak berkenaan. Carlye juga menyeru agar seluruh komuniti terus bersatu padu.

Sementara itu, Isnaraissah dalam ucapan berterima kasih kepada Ewon kerana memberi ruang dan kesempatan kepadanya untuk bersama-sama merasmikan sambutan Kaamatan tersebut.


Pengerusi Penganjur program, Dohol @ Jeffey Idong, bertanggungjawab mengatur pelbagai acara sepanjang hari, antaranya tarian tradisional, pertandingan masakan tradisi, Unduk Ngadau Kanak-Kanak dan Remaja, pertandingan bina badan kanak-kanak, pertandingan Sugandoi, cabutan bertuah, serta jualan makanan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Kampung, Soupin Sagidon, selain pemimpin-pemimpin komuniti serta penduduk kampung. Ucapan aluan sebelum perasmian disampaikan oleh Pengerusi JKKK, Lerry Sikol.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page