Pesta Kaamatan Kampung Tinata Meriah, Jadi Wadah Perpaduan Dan Warisan Budaya
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns.
3 Jun 2026
KOTA BELUD: Pesta Kaamatan Kampung Tinata, Kota Belud berlangsung meriah semalam dengan menekankan perpaduan komuniti serta pemerkasaan adat resam dan amalan mitatabang (tolong-menolong) sebagai warisan kepada generasi muda.
Sambutan yang diadakan di Bangunan Tamu Desa Kampung Tinata itu disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) bagi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Ukuh @ Jeremy Malajad, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick yang tidak dapat hadir.
Dalam ucapannya, Ukuh menegaskan bahawa Pesta Kaamatan menjadi wadah memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti dan rakyat jelata, selain platform menonjolkan budaya adat resam warisan turun-temurun. Beliau turut bersyukur atas hasil pertanian yang diperoleh serta nikmat kepimpinan, kemakmuran dan pembangunan yang semakin pesat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinata merangkap Pengerusi Penganjur Kaamatan, Maston Tambaka, berkata antara pengisian majlis ialah Pertandingan Ratu Kanak-Kanak, Pertandingan Bacaan Kanak-Kanak, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Masakan Tradisi, cabutan tiket bertuah serta majlis makan bersama.

Turut hadir Pemaju Mukim UPPM Kadamaian, Hadlee Panchai, Pinol Timun, pemimpin-pemimpin komuniti serta orang ramai.















Comments