top of page

Pesta Kobis 2025 dijangka tarik lebih 20,000 pengunjung ke Ranau

  • nabalunews
  • Jul 31, 2025
  • 1 min read

31 Julai 2025

KOTA KINABALU: Pesta Kubis Kundasang Kali Ke-25 dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung ke daerah Ranau.


Keyakinan itu dizahirkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana pesta berkenaan, Datuk Japiril Suhaimin berikutan pengumuman cuti tambahan 15 September 2025 oleh Perdana Menteri baru-baru ini.


"Pesta Kubis akan berlangsung di Pentas Budaya Kundasang, di perkarangan Pekan Kundasang pada 13 hingga 16 September 2025.


"Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lalu, pengunjung dalam 15,000 hingga 20,000 sepanjang empat hari. Jadi, pada kali ini kerana cuti tambahan, saya ingat lebih ramai yang akan hadir," ujarnya.


Jelas beliau, antara pengisian pesta tersebut itu penganugerahan kepada para petani berjaya dalam bidang pertanian dan pelancongan, di samping pameran sayur-sayuran yang ditanam di Kundasang.


Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.


Katanya, kunjungan tersebut bertujuan untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Musa untuk menyempurnakan perasmian pesta tersebut.


Pesta Kubis yang dilaksanakan sejak tahun 1997 pernah memasuki kalendar pelancongan sebelum ditiadakan selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page