top of page

PKP 3.0 DI SABAH DILANJUTKAN SEHINGGA 28 JUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 12, 2021
  • 1 min read


12 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) di Sabah dilanjutkan sehingga 28 Jun ini.


Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (Covid-19) Sabah yang bermesyuarat hari ini.


“Kerajaan memutuskan PKP dilanjutkan sehingga 28 Jun ini setelah penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) Sabah yang bermesyuarat pada 12 Jun jam 3.00 petang.


“Keputusan ini diambil sebagai langkah membendung peningkatan jangkitan Covid-19 di Sabah,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page