PKPD di 22 lokaliti di Sabah mulai 1 OgosPKPD di 22 lokaliti di Sabah mulai 1 Ogos
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD di 22 lokaliti di Sabah mulai 1 Ogos


Gambar hiasan

30 Julai 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Sebanyak 22 lokaliti melibatkan lapan daerah di Sabah akan dilaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 1 Ogos hingga 14 Ogos ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak enam lokaliti di Tawau akan dikenakan PKPD.


“Lokaliti tersebut ialah Bandar Sabindo, Kg Rancangan Sg Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lrg Habib Abdul Rahman Jln Apas, PPR Sri Semarak, dan Taman Berjaya.


"Lima lokaliti di Keningau pula melibatkan Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau.


"Bagi Kudat pula tiga lokaliti yang akan dikenakan PKPD ialah Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi manakala, di Sandakan pula ialah Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.


Menurut Masidi selebihnya ialah dua lokaliti di Kota Kinabalu, serta Kota Belud, Putatan dan Penampang masing-masing sebanyak satu lokaliti.


"Lokaliti yang dikenakan PKPD di Kota Kinabalu ialah Taman Sempelang, Sembulan dan Kampung Sembulan Tengah & Lama.


"Manakala satu lokaliti di Kota Belud melibatkan Kampung Tempasuk 1, Kampung Tengah Padang, Putatan dan Kampung Babagon, Penampang," katanya.


Dengan penambahan lokaliti PKPD baharu itu, jumlah keseluruhan PKPD yang aktif setakat ini ialah sebanyak 129 lokaliti.

bottom of page