PKPD DI BEBERAPA KAWSAN KINABATANGAN, KUDAT, MULAI 11 JUN INI
Wartawan Nabalu News
Jun 9, 2021
1 min read

9 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkusakan di Perumahan Kilang, Ladang Ong Ya Hoo Kinabatangan dan dua lokaliti di Kudat bermula 11 Jun hingga 24 Jun ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi Covid-19 di Perumahan Kilang, Ladang Ong Ya Hoo, Kinabatangan.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 151 ujian saringan dan daripada jumlah itu 28 orang didapati positif Covid-19.
“KKM turut mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan PKPD di Perumahan Kilang, Ladang Ong Ya Hoo, Kinabatangan, selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Masidi berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penghuni di lokaliti ini seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain.
Beliau berkata, KKM hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di dua lokaliti di Kudat iaitu Kampung Singgahmata, Banggi dan Kampung Sin San.
“KKM merekodkan lapan positif COVID-19 di Kampung Singgahmata, Banggi selepas lapan penduduk disaring manakala di Kampung Sin San, 22 ujian saringan dilakukan dan sembilan dilaporkan positif,” katanya.















Comments