PKPD PANGSAPURI MUTIARA KASIH, TAMAN KHAZANAH INDAH LAHAD DATU DILANJUTKAN 14 HARI LAGI
- nabalunews
- Nov 9, 2020
- 1 min read

9 Nov 2020
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 10 November hingga 23 November ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan itu berdasarkan penilaian risiko yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), masih terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di kedua-dua lokaliti itu.
“Oleh itu atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju melanjutkan PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu selama 14 hari lagi bermula 10 November sehingga 23 November,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di kawasan itu bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober yang kemudian dilanjutkan lagi sehingga 9 November.
Comentarios