PM Anwar ajak lebih banyak pelaburan Jerman ke Malaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM Anwar ajak lebih banyak pelaburan Jerman ke Malaysia


12 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


BERLIN: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengajak perniagaan Jerman untuk memanfaatkan lokasi strategik Malaysia di Asia Tenggara dan infrastruktur yang telah dibangunkan.


"Dalam Kesatuan Eropah (EU), Jerman adalah rakan dagang terbesar kami dengan pelaburan hampir US$15 bilion (RM70.24 bilion)," ujar Anwar dalam sidang akhbar bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz, di Canselori Persekutuan, Berlin.


Anwar memberi contoh syarikat seperti Infineon Technologies AG yang telah menjadikan Malaysia sebagai hab penting, pusat kecemerlangan, dan pusat latihan.


Beliau menekankan harapan untuk kerjasama yang lebih luas, yang tidak hanya meningkatkan perdagangan dan pelaburan tetapi juga memperkukuh hubungan dua hala dalam semua bidang.


"Kami mempunyai kira-kira 1,000 pelajar di seluruh Jerman untuk menjalani latihan di syarikat Jerman sebagai pendedahan awal kepada mereka." Katanya sambil menambah Malaysia juga berminat dalam memberi focus terhadap Latihan pelajar.


Anwar juga menyambut baik minat Berlin dari segi pelaburan baharu dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi hijau."TBB telah menjadi tumpuan kami pada masa ini dan kami bertuah kerana mempunyai kekuatan dalam tenaga solar, tenaga hijau dan kukuh dari segi kapasiti kami untuk mengeksport TBB," katanya.


Jelas Anwar, Malaysia juga mengeksport TBB ke Nusantara di Indonesia dan Singapura melalui kabel di bawah laut.


"Oleh itu, terdapat potensi besar yang anda dapat lihat melalui pertumbuhan pesat pusat data dan AI (kecerdasan buatan) ke rantau ini, terutama di Malaysia," katanya.


Dalam perkembangan lain, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia optimis untuk mencapai pertumbuhan ekonomi antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024, berdasarkan asas kukuh iaitu kerangka ekonomi MADANI dan pembaharuan yang digariskan menerusi Belanjawan 2024 Malaysia.


Beliau turut menekankan bahawa kerangka ekonomi MADANI akan memanfaatkan kekuatan semula jadi Malaysia dalam meningkatkan daya saing negara, dengan mengutamakan kepada langkah kemampanan fiskal, amalan tadbir urus yang baik dan penyampaian perkhidmatan yang cekap.


Terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia yang mewujudkan sejumlah 65,000 pekerjaan.


Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan anggota EU sejak tahun 2000 manakala Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar bagi Jerman dalam kalangan negara anggota Asean.


Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (USD13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (USD13.62 bilion) pada 2022.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page