top of page

PMR 2025 Sabah: Konsert Mega Tawau tampil barisan artis popular

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read


6 Mei 2025


KOTA KINABALU: Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah dijangka meriah dengan penganjuran Konsert Mega Tawau yang menampilkan barisan artis popular tanah air.


Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri dalam satu hantaran media sosial memaklumkan, konsert yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 8 malam 10 Mei itu akan menampilkan Datuk Awie, Stacy, Akim, Felix Agus dan Tekun Band.


“Konsert ini merupakan salah satu pengisian utama PMR 2025 Sabah yang membawa tema ‘Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan’.



“Melalui gabungan hiburan, pameran perkhidmatan kerajaan serta penglibatan usahawan tempatan, program ini bukan sekadar meriah tetapi turut menjadi platform penting memperkasa ekonomi rakyat dan menyemai semangat perpaduan komuniti Sabah,” menurut hantaran itu.



Program yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 9 Mei itu, diadakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta kerajaan negeri Sabah.


Sepanjang penganjuran program, pelbagai aktiviti berimpak tinggi akan diketengahkan, antaranya pemeriksaan kesihatan serta khidmat nasihat sosial dan program integrasi komuniti berbilang kaum.


Selain itu, peluang pendidikan dan kerjaya turut diberi perhatian melalui penganjuran program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Karnival Kerjaya melibatkan pelbagai agensi dan syarikat swasta.



Dalam pada itu, ia juga bakal mengetengahkan inisiatif kerajaan negeri dalam usaha menoktahkan kemiskinan melibatkan lima teras intervensi bantuan iaitu Perumahan, Pendidikan, Pekerjaan, Kebajikan serta Keusahawanan dan Latihan.



Majlis Penutupan PMR 2025 Sabah akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Mei.


Ia dijangka akan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi kerajaan Pesekutuan dan negeri.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page