top of page

Polis Buru Pemandu Proton Iswara

  • nabalunews
  • Jul 12
  • 1 min read

ree

12 Julai 2025


TUARAN: Polis memburu pemandu kereta Proton Iswara yang melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Lok Batik, Jalan Sulaman-Tuaran, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, kemalangan mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut di lokasi akibat kecederaan serius di kepala.


Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal Modenas Kriss dan Perodua Kembara yang dipercayai dilanggar oleh Proton Iswara.

ree

Katanya, pemandu Proton Iswara melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di hadapan sebuah rumah kira-kira 200 meter dari lokasi kemalangan.


“Penunggang motosikal yang cedera parah dibahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan proses bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik, Hospital Tuaran.


“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan setakat ini beberapa individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Noraidin berkata, pihak polis sedang giat mengesan pemandu Proton Iswara berwarna silver/hitam yang terlibat yang telah melarikan diri dari lokasi kemalangan.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil menyalurkan bagi membantu siasatan.


“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau hadir ke Balai Polis berhampiran,” katanya.


Sehubungan itu, Noraidin turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah ketika berada di jalanraya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page