top of page

POLIS KELUAR 68 KOMPAUN INGKAR PKP DI LABUAN

  • nabalunews
  • Jan 26, 2021
  • 1 min read

26 JAN 2021


LABUAN: Polis mengeluarkan kompaun RM1,000 masing-masing kepada 68 individu di sini, kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 13 Jan lepas.


Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata kesemua individu yang dikompaun berusia antara 20 hingga 55 tahun, dengan beberapa daripada mereka ditahan dalam perjalanan dari tanah besar Sabah ke pulau berkenaan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa, termasuk melalui laluan haram.


"Antara kesalahan lain yang dilakukan oleh individu tersebut ialah melepak dan berjoging di pantai, tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.


"Mereka sepatutnya tahu bahawa mereka perlu berada di rumah sepanjang tempoh PKP namun mengingkari arahan yang ditetapkan kerajaan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Mohd Ibrahim berkata 41 anggota polis dan tentera terlibat dalam dua sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Tun Mustapha dan Patau-Patau.


Bagaimanapun, katanya, tiada individu yang ditahan kerana melakukan perjalanan rentas negeri sejak PKP dilaksanakan, - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page