Polis kesan waris lelaki warga emas meninggal di Kota Kinabalu
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
21 April 2026
KOTA KINABALU: Polis memohon bantuan orang awam untuk mengesan waris bagi seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia pada 19 April 2026.
Si mati dikenali sebagai Low Yook Nam, berusia 75 tahun, berbangsa Cina. Beliau meninggal dunia sekitar jam 9.38 pagi di sebuah bilik sewa di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu, Sabah.
Mayat si mati kini ditempatkan di Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu bagi tujuan pengecaman dan tuntutan oleh waris terdekat.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pihak hospital memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau mengenali si mati supaya segera tampil menghubungi pihak polis bagi membantu urusan pengecaman dan pengurusan selanjutnya.
Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau Pegawai Penyiasat Asisten Supeeintenden Polis (ASP) Muhammad Abu Zar Jali @ Ramli di talian 019-3546375 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kerjasama orang awam amat dihargai.















Comments