top of page

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Cari Lelaki Hilang Di Pitas

  • nabalunews
  • Mar 23
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


23 Mac 2026


KOTA MARUDU: Seorang pekebun berusia 52 tahun dilaporkan hilang sejak 16 Mac lalu selepas keluar ke kebun bagi menoreh getah di Kampung Masuit, Pitas, dan sehingga kini masih belum pulang ke rumah.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintenden Simiun Lomudin mengesahkan mangsa, Syivience Mogudal, yang juga warganegara Malaysia, dikhuatiri berada dalam keadaan tidak menentu selepas gagal dihubungi meskipun sudah melebihi tempoh kebiasaannya berada di kebun.


Mangsa yang menetap di Kg. Masuit, Pitas, keluar dari rumah pada 16 Mac 2026 kira-kira jam 2.00 petang tanpa membawa telefon bimbit. Menurut keluarga, mangsa biasanya akan bermalam di rumah kebun selama beberapa hari, namun sehingga kini beliau masih belum pulang.


Kali terakhir mangsa dilihat adalah pada 18 Mac 2026 oleh pakciknya sendiri yang ternampak mangsa sedang menebas semak dan menoreh getah di kebun berkenaan sebelum beredar.


Usaha pencarian telah dilakukan oleh ahli keluarga namun tidak membuahkan hasil.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus bertindak bagi membantu proses pencarian.


Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam usaha mengesan mangsa.

 
 
 

1 Comment


Sơn Bùi Hồng
Sơn Bùi Hồng
Mar 28

I see the conclusion's use of analytical neutrality. Neutrality in analysis is preserved. The website has further detailed maps on this subject. Variability in involvement is framed by interactive digital platforms.

Jackpot Jill

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page