top of page

Polis Ranau Tumpas Aktiviti Pemprosesan Ketum, Lelaki 27 Tahun Ditahan

nabalunews
2 hours ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


RANAU, 6 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dan merampas bahan berkaitan ketum dalam serbuan di sebuah perkampungan di daerah ini sekitar 5.00 petang.


Dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Ranau itu, polis merampas 14 botol mineral 1.5 liter berisi air ketum yang ditemui di dalam sebuah periuk, 1 kg paket plastik mengandungi serbuk ketum serta sebuah dapur memasak yang digunakan untuk memproses air ketum.


Tangkapan dan rampasan tersebut adalah hasil risikan berterusan serta maklumat yang disalurkan oleh penduduk setempat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.


Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud, mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat daerah Ranau atas kerjasama dan sikap prihatin bagi memastikan kesejahteraan daerah ini.


Beliau turut menegaskan bahawa PDRM IPD Ranau akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang ini demi kesejahteraan masyarakat.


Masyarakat diminta terus bertindak sebagai “mata dan telinga” PDRM dengan menyalurkan maklumat awal bagi membanteras jenayah secara berkesan. Hubungan erat antara komuniti dan pihak berkuasa memperkukuh keselamatan negara serta membolehkan tindakan pencegahan diambil dengan pantas.


Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Ranau di talian 088-875222. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page