top of page

Polis Sabah Sedia Hadapi PRU Dewan Undangan Sabah

  • nabalunews
  • 12 minutes ago
  • 2 min read

ree

22 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah bersedia melaksanakan tugasan mengawal keselamatan serta memastikan kelancaran perjalanan Pilihan Raya (PRU) Umum Dewan Sabah, yang bakal berlangsung November depan.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, persediaan termasuk segala aspek dengan memastikan keselamatan dan logistik berada pada tahap terbaik.


Katanya, persiapan rapi sudah dilaksanakan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan termasuk dari segi keselamatan awam dan pergerakan logistik pilihan raya.

ree

“Setakat ini, seramai 8,900 pegawai dan anggota akan digerakkan di seluruh negeri sepanjang tempoh pilihan raya, manakala 1,200 lagi anggota akan menerima bantuan penugasan daripada Bukit Aman dan Kontinjen Sarawak.


“Semua keperluan logistik, pengangkutan serta penyelarasan penugasan sedang berjalan dengan baik.


“Kita juga mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi-agensi lain bagi menyelaras peranan masing-masing sepanjang tempoh pilihan raya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, pada Rabu.


Jauteh berkata, perancangan rapi juga meliputi operasi keselamatan dan penghantaran bahan ke kawasan pedalaman atau pulau agar tidak terjejas dengan sebarang kemungkinan termasuk cuaca buruk.


“Penugasan pasukan bukan sahaja memberi tumpuan kepada kawalan keselamatan di pusat mengundi, tetapi juga menangani isu-isu bencana atau kejadian tidak dijangka sepanjang tempoh PRN,” katanya.


Jauteh berkata, secara keseluruhan, tahap keselamatan di Sabah berada dalam keadaan baik dan terkawal.


“Kita mahu memastikan suasana aman serta kondusif sepanjang tempoh kempen, pengundian dan selepas keputusan diumumkan,” katanya.


Sehubungan itu, Jauteh mengingatkan semua pihak agar mematuhi peraturan semasa sepanjang tempoh pilihan raya dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.


“Polis komited untuk memastikan proses demokrasi berjalan dengan aman dan lancar. Semua agensi keselamatan bekerjasama erat bagi menjamin keselamatan rakyat dan kelancaran pilihan raya umum di Sabah,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page