Politeknik Sandakan juara keseluruhan kategori terbuka PERISA 2024 di Perak
- nabalunews
- Oct 11, 2024
- 1 min read

11 Oktober 2024
SANDAKAN: Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori terbuka pada Pertandingan Inovasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kebangsaan (PERISA) 2024 yang berlangsung di Kolej Komuniti Chenderoh, Perak pada 8 hingga 10 Oktober lalu.
PSS berjaya meraih 2 pingat emas menerusi 2 pasukan inovasi pelajar di bawah seliaan Pengarah Diploma Akuakultur PPS, Ts. Azhar Ambo.
Dua pasukan inovasi beliau dikenali sebagai Artificial Latok Culture for B40 (ALC 4 B40) yang dianggotai pelajar PSS, Nur Anis Farhana Mohd Amir Shah, Cyennalista Jairus, Siti Nur Nazierah dan Mohamad Faizul Niezam Jamal.
Manakala pingat emas kedua adalah menerusi inovasi Smart Flood Device System for Tagal (SFDS for Tagal) oleh pelajar PSS yang dianggotai Ruthmary Joseph, Muhamad Ikhmal Huzaimie Nasrun, Muhammad Shahfazly Junaidi dan Shah Rizal Junardin @ Nordin.
Pertandingan PERISA 2024 kategori terbuka itu antara lain menguji dan mengasah keupayaan pelajar dalam bidang TVET selain ciptaan inovasi yang mereka hasilkan mampu membawa impak kepada sosio-ekonomi setempat.
Comments