top of page

Porter Gunung ‘Badang Kinabalu’ Meninggal Dunia

  • nabalunews
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

ree

27 Disember 2025


KOTA KINABALU: Innalillahi wa innalillahi raji’un buat keluarga Abbie Intang, 68, atau lebih dikenali sebagai ‘Badang Kinabalu’ yang telah kembali ke rahmatullah.


Beliau yang berasal berasal dari Kampung Pinosuk, Kundasang, dilaporkan meninggal dunia pada jam 4.39 pagi tadi.


Nama Abbie jelas terpahat sebagai salah satu sejarah penting Gunung Kinabalu apabila menjadi tulang belakang dalam beberapa operasi pendakian gunung tertinggi negara berkenaan.


Malah, menerusi gambar ikonik yang pernah tular dirakam pada tahun 2005, arwah dilaporkan mendaki sejauh kira-kira 6 kilometer dari Timpohon Gate ke Laban Rata dengan memikul tong air 600 liter.


Gelaran berkenaan layak diberikan kepada arwah apabila beliau juga sering kali dilihat membawa dua tong gas seberat 64 kilogram (kg) tetapi juga bateri kereta seberat 80kg.


Itulah kekuatan luar biasa dan ketabahan Abbie sehingga digelar “Badang Kinabalu”yang menjadi simbol keringat, pengorbanan dan kecekalan anak Sabah.


Dalam kenyataan yang diperolehi menerusi laman sosial facebook #kiniviral, berkata jasa Badang Kinabalu akan terus hidup dalam setiap langkah pendaki yang pernah menikmati air, makanan dan keselamatan di puncak Kinabalu.


“Al-Fatihah buat Allahyarham Abbie Bin Intang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page