PRK Kinabatangan dan Lamag: 196 Undi Awal Esok
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

19 Januari 2026
KOTA KINABALU: Seramai 196 anggota dan pegawai polis dijangka menunaikan tanggungjawab pengundian awal masing-masing susulan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, esok.
Proses pengundian awal yang akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan, melibatkan satu saluran itu dijadualkan berlangsung jam 8 pagi hingga jam 5 petang.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (bebas).
Sementara itu, PRK DUN Lamag melibatkan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar Radin, pada 5 Disember tahun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian.


















Comments