PROGRAM 1st DAY AT SCHOOL PERINGKAT IPD PENAMPANG
- nabalunews
- Feb 17
- 1 min read

17 Februari 2025
PENAMPANG: Program "1st Day At School" merupakan program khas sempena hari pertama persekolahan telah dijalankan serentak di semua sekolah di Daerah Penampang dan Daerah Putatan.
Acara peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, itu dijayakan menerusi kerjasama pihak sekolah dan polis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan IPD Penampang, Program berkenaan melibatkan semua Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi memastikan keselamatan dan kelancaran hari pertama persekolahan.
Selain itu katanya, ia juga dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara pihak polis dan institusi pendidikan.

“Kehadiran PPS turut membantu pihak sekolah mengenal pasti sebarang isu yang mungkin timbul.
“Ia sekali gus membolehkan tindakan pantas diambil bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, program itu akan diteruskan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan pelajar serta membentuk kerjasama yang lebih erat antara pihak polis dan sekolah.
Comments