top of page

Program English Day SK Kaung, tingkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris

  • nabalunews
  • Dec 19, 2024
  • 1 min read



19 Disember 2024


KOTA BELUD: Program English Day dianjurkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan guru-guru di SK Kaung.


Program ini diadakan di dewan SK Kaung dan semua guru serta murid yang terlibat turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka.


Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai kepentingan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, serta dalam dunia pekerjaan pada masa hadapan.


Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada pihak pengurusan sekolah, yang menekankan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi global.


Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang hari tersebut, antaranya pertandingan pidato, kuiz Bahasa Inggeris, dan pembacaan puisi, yang melibatkan penyertaan aktif daripada pelajar.


Selain itu, guru-guru turut diberi peluang untuk berkongsi teknik pengajaran Bahasa Inggeris yang efektif melalui sesi perbincangan dan demonstrasi.


Program berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah berjaya menunjukkan kemahiran yang cemerlang dalam berbahasa Inggeris.


Guru dan murid berharap dengan adanya program seperti ini, maka penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan warga sekolah dapat terus diperkukuhkan dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page