top of page
nabalunews

Program kesedaran tekankan pencegahan kanser di Kadamaian

13 Oktober 2024


KOTA BELUD: Satu program kesedaran kanser telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kanser Sabah (PPKS) dan UPPM Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian bertempat di Kampung Mandap, di sini, baru-baru ini.


Program ini disasarkan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat umum tentang kepentingan mencegah kanser, dengan slogan "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati, Pengesanan Awal Kanser Boleh Menyelamatkan Nyawa."


Program ini memberi fokus kepada pengisian saringan kanser serviks serta pendaftaran subsidi untuk ujian mamogram.


Hadir dalam program ini adalah Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Caryle Lajimin, yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kota Belud mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Dalam ucapannya, Caryle menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif seperti ini, khususnya yang melibatkan aspek kesihatan di kawasan DUN Kadamaian.


Beliau menekankan bahawa program-program seumpama ini amat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser, menggalakkan pengesanan awal, dan memupuk gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.


National Cancer Society Malaysia juga terlibat dalam usaha ini, memberikan khidmat nasihat dan maklumat kepada para peserta.


Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mempertingkatkan kesedaran dan kesihatan komuniti.

Comments


bottom of page