top of page

Program Menembak Bersama TYT perkukuh hubungan pimpinan negeri, pasukan keselamatan

  • nabalunews
  • Apr 13
  • 1 min read

13 April 2026


KOTA KINABALU: Program menembak bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 beliau memperkukuh hubungan strategik antara kepimpinan tertinggi negeri dan pasukan keselamatan.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, penganjuran program berkenaan bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan dan kepimpinan negeri.


“Program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memupuk semangat setiakawan, disiplin serta ketangkasan dalam kalangan pasukan keselamatan.

“Selain itu, ia juga merupakan satu penghormatan besar kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-75 Tun Musa selaku Yang di-Pertua Negeri Sabah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada program berkenaan yang berlangsung di Lapang Sasar Tertutup, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini, pada Ahad.


Sementara itu, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris muncul johan kategori 15 meter dengan memperoleh markah penuh 100 mata, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury menjuarai kategori 25 meter dengan 73 mata.

Tun Musa turut menerima Anugerah Penembak Terbaik pada penganjuran sulung program tersebut.


Turut hadir Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib; Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page