top of page

Program Tamu Suara 360°: Aspirasi Anak Muda himpun lebih 1000 belia Pedalaman

  • nabalunews
  • Sep 18
  • 2 min read

Ellron (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama-sama warga belia Pedalaman.
Ellron (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama-sama warga belia Pedalaman.

17 September 2025


SOOK: Program Tamu Suara 360°: Aspirasi Anak Muda yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Majlis Belia Sabah yang berlangsung di Dewan Datuk Ellron Angin di Kampung Biah dekat sini pada Ahad berjaya menghimpunkan lebih 1000 orang belia di kawasan Pedalaman.


Program ini menjadi medan penting dalam mendengar aspirasi, pandangan serta cadangan golongan muda berkaitan pembangunan negeri.


Penganjuran Tamu Suara 360° di Sook melengkapkan siri jelajah program yang memberi ruang kepada belia di setiap daerah menyampaikan hasrat serta idea mereka kepada pihak kerajaan.


Pengisian utama program itu adalah sesi dialog bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.


Pelbagai isu berkaitan peluang keusahawanan, pendidikan, pembangunan modal insan serta peranan belia dalam hala tuju negeri telah dibincangkan secara terbuka.


Kehadiran ribuan belia jelas menunjukkan kesungguhan dan minat mereka untuk terlibat aktif dalam pembangunan masyarakat.


Majlis turut menyaksikan penyampaian geran Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) kepada usahawan belia terpilih.


Geran ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk menyokong penglibatan belia dalam bidang keusahawanan, sekaligus memperkukuh daya saing ekonomi generasi muda.


Program diakhiri dengan jamuan makan sebagai ruang interaksi santai antara belia dan pihak penganjur, sekaligus mengukuhkan jalinan ukhuwah dalam kalangan peserta.


Penganjuran Tamu Suara 360° membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan suara anak muda terus diberi perhatian, serta melahirkan generasi belia yang progresif, berdaya saing dan mampu menjadi pemacu masa depan negeri.


Tayangan montaj Tamu Suara 360 turut dipersembahkan sebagai imbasan perjalanan program yang telah dijalankan di beberapa lokasi sebelum ini.


Turut hadir dalam sesi dialog program itu Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Mansur Asun, Presiden Majlis Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan dan pemimpin-pemimpin belia Pedalaman.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page