PROGRAM ZIARAH, SAMPAIKAN SUMBANGAN MUNIRAH BERSAMA EWON DI KG.PUHUS KADAMAIANPROGRAM ZIARAH, SAMPAIKAN SUMBANGAN MUNIRAH BERSAMA EWON DI KG.PUHUS KADAMAIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PROGRAM ZIARAH, SAMPAIKAN SUMBANGAN MUNIRAH BERSAMA EWON DI KG.PUHUS KADAMAIAN



Munirah dan Ewon sama-sama membantu menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung.

24 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis mengadakan Program Ziarah dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk Kampung Puhus Kadamaian, di sini, hari ini.


Turut serta dalam program itu, urusetia Pejabat Ahli Parlimen Kota Belud dan Pusat Khidmat Adun Kadamaian.

Ewon dan Munirah bersama urusetia Ahli Parlimen Kota Belud dan Pusat Khidmat Adun Kadamaian.

Ewon berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan penduduk kampung yang terkesan ekoran pandemik Covid-19, perintah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).


"Saya akan terus menyantuni rakyat di kawasan saya dan memastikan masalah serta keperluan rakyat diberi perhatian, walaupun sekarang kita berada dalam blok pembangkang," katanya selepas Program Ziarah.

Ewon dan Munirah bertanya khabar seorang penduduk kampung.

Ewon turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan sumbangan ikhlas kepada penduduk Kadamaian selama PKP dan PKPB.

Ewon turut meninjau rumah PPRT bina baru yang hampir siap sepenuhnya.

Beliau turut meninjau rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Baru yang diluluskannya semasa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah tahun lalu dan kini hampir siap sepenuhnya.

Ewon turut meluangkan masa meninjau jalan konkrit di kampung itu.

Selain itu, Ewon turut meluangkan masa meninjau jalan konkrit dalam kampung yang menggunakan peruntukannya sebelum ini.

Mereka turut berkunjung ke kediaman Datuk Yapin Gimpoton, mantan Adun Kadamaian.

bottom of page