top of page

Program Ziarah Sayang dekati golongan kurang bernasib baik

  • nabalunews
  • Oct 28, 2024
  • 1 min read

28 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga telah menganjurkan Program Ziarah Sayang untuk menyantuni golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), balu dan warga emas.


Program Ziarah Sayang yang dilaksanakan dengan kerjasama Wanita Gagasan Rakyat Bandau ini telah menyantuni 50 penerima di beberapa buah kampung termasuk Kampung Tanjong Batu Darat dan Kampung Komoroko di Kota Marudu semalam.


Program itu diketuai oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda dengan disertai Pengerusi Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga Masturah Jamrah, Pengerusi Biro IT dan Media, Julia Datuk Ahmad Bahrom Titingan, Pengerusi Biro Pendidikan, Jalilah Ahpiang, Ketua Wanita Likas Halizah Din serta Wanita Gagasan Rakyat Bandau.


Menurut Redonah, program tersebut dianjurkan bagi mendekati kumpulan sasar program ini yang terdiri daripada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), balu dan warga emas.


“Program ini memberi maksud yang cukup baik dengan penganjuran aktiviti ziarah sayang ke rumah-rumah golongan ini,” katanya.


“Program Ziarah Sayang  ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada golongan berkenaan sejajar dengan hasrat kerajaan bagi membentuk masyarakat penyayang,” katanya lagi.


Beliau turut berharap program seumpama ini diperbanyakkan lagi pada masa hadapan yang juga mampu mengeratkan hubungan baik antara pemimpin dan rakyat.


"Saya juga menggalakkan mana-mana syarikat milik kerajaan  mahu pun syarikat korporat untuk bersama-sama menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini," katanya.


Jelas beliau program Ziarah Sayang yang dilaksanakan ini adalah gerak kerja berterusan di seluruh Sabah yang bukan sahaja mengunjungi mereka yang terlantar sakit dan warga emas tetapi turut menemui ahli keluarga yang juga adalah pengundi.


Program Ziarah Sayang melibatkan 50 keluarga dan mereka yang diziarahi diberikan sumbangan barangan keperluan asas.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page