top of page

PRU Sabah: Warga PDRM Bebas Memilih

  • nabalunews
  • 6 days ago
  • 1 min read
ree

18 November 2025


TAWAU: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memberi jaminan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bebas memilih pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17.


Menurutnya, tiada sebarang arahan atau tekanan daripada pihak atasan untuk memilih mana-mana calon atau parti politik.


“Dalam ucapan terdahulu, adalah aspek kestabilan politik dan ekonomi bukan bermaksud meminta mana-mana anggota memihak kepada parti tertentu.

ree

"Tidak, kita percaya kestabilan itu penting. Tetapi terpulang kepada pegawai dan anggota untuk memilih.


"Saya percaya mereka bijak menggunakan hak masing-masing. Ia bukan arahan daripada saya atau mana-mana pihak," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perjumpaan Khas bersama warga PDRM di Tawau, hari ini.


Majlis berkenaan dihadiri seramai kira-kira 600 pegawai dan anggota dari pelbagai batalion yang terlibat dalam persiapan PRU Sabah.


Mohd Khalid berkata, setiap anggota polis berhak menggunakan kebebasan memilih walaupun mereka bertugas sepanjang tempoh pilihan raya.


Sementara itu, Mohd Khalid memaklumkan kesiapsiagaan PDRM berada pada tahap sangat memuaskan, termasuk ketika proses penamaan calon di 25 pusat penamaan seluruh Sabah yang berlangsung tanpa insiden luar jangka.


"Alhamdulillah, semuanya berjalan baik. Penamaan calon pun lancar," katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Pengarah Cawangan Khas dan Ketua Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun atas komitmen mereka memastikan operasi keselamatan terkawal.


Mohd Khalid turut menyatakan beliau optimis PRU Sabah Ke-17 akan berlangsung dalam keadaan aman sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing.


"Rakyat Sabah menunggu pilihan raya ini. Insya-Allah semuanya berjalan baik dan sempurna," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page