top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pusat Khidmat Adun Kadamaian sampaikan sumbangan kepada Unit Tabung Darah Hospital Kota Belud



1 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Adun Kadamaian menyampaikan sumbangan air mineral kepada Unit Tabung Darah Hospital Kota Belud bagi pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Sumbangan itu disampaikan oleh Anichlose Kesimin dan Saikom Watis kepada wakil penerima di hospital itu, hari ini.

“Pusat khidmat Adun difahamkan bahawa Unit Tabung Darah Hospital Kota Belud mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air disebabkan punca air mengalami kebocoran,” kata Anichlose.


Beliau berharap sumbangan itu akan dapat meringankan sedikit beban yang dialami oleh pihak Hospital Kota Belud khasnya unit Tabung Darah.



Comments


bottom of page