Ramalan cuaca signifikan di utara Semenanjung dan barat Sabah
- nabalunews
- Aug 29
- 1 min read

29 Ogos 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bermula hari ini sehingga 1 September depan bagi wilayah utara Semenanjung dan barat Sabah.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin barat di rantau negara dijangka bertambah kencang dalam tempoh berkenaan.
“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak) serta barat Sabah.
“Selain itu, angin kencang dan laut bergelora dijangka turut melanda perairan Phuket dan Laut China Selatan dalam tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan itu katanya, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Phuket, Samui, Condore, Reef North, Palawan, Labuan dan Layang-Layang berkuat kuasa dari 27 hingga 30 Ogos ini.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


















Comments