top of page

Remaja 14 Tahun Maut Kemalangan Motosikal

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read
ree

25 Ogos 2025


KOTA BELUD: Seorang remaja berusia 14 tahun maut selepas motosikalnya bertembung dengan motosikal lain dalam kejadian di Jalan Pan Borneo, Batu Gadung, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud.


Manakala, seorang lagi penunggang yang berusia 18 tahun dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang maut cuba membuat pusingan U di bahu kiri jalan.


Katanya, sebuah lagi motosikal pula sedang bergerak di jalan lurus gagal mengelak dan terus melanggar motosikal mangsa.


"Disebabkan jarak terlalu dekat, motosikal yang datang dari arah jalan lurus terlanggar motosikal yang membuat pusingan U.


"Penunggang berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sehubungan itu, Shahrudin meminta mana-mana saksi awam yang melihat kejadian tampil untuk membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud.


"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi undang-undang jalan raya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page