top of page

Remaja lelaki ditemui lemas di pusat peranginan di Balung

  • nabalunews
  • Sep 18
  • 1 min read

Remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika aktiviti mandi manda di pusat peranginan di Balung.
Remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika aktiviti mandi manda di pusat peranginan di Balung.

18 September 2025


TAWAU: Aktiviti bermandi manda seorang remaja lelaki, 16, bertukar tragedi apabila mangsa ditemukan mati lemas dalam kejadian di pusat peranginan Sungai Balung River Eco Resort, Batu 24 Jalan Apas, petang hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa ditemukan meninggal dunia oleh pasukan Bomba pada jarak 50 meter dari lokasinya dilaporkan lemas.


“Mangsa dilaporkan lemas dengan kedalaman tiga kaki dan tersangkut di celah batu,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, Bilik kawalan BBP Tawau menerima laporan mengenai seorang mangsa dikhuatiri lemas di pusat peranginan itu ketika melakukan aktiviti bermandi-manda di sungai, sekitar jam 3.24 petang.


Katanya, sepasukan 10 anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan dan tiba di lokasi pada jarak 45 kilometer pada jam 4.25 petang.


Jemishin berkata, susulan penemuan mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, operasi ditamatkan pada jam 5.35 petang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page