top of page

Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Di Sabah

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

ree

9 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Beberapa daerah pedalaman dan pantai barat serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga jam 1 pagi nanti.


Katanya, antara daerah yang dijangka terlibat adalah kawasan pedalaman, Pantai Barat seperti Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau.


“Turut mengalami cuaca sama adalah daerah Tongod, Kinabatangan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” dalam kenyataan yang dikeluarkan, jam 10 malam tadi.


Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.


Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page