Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Di Sabah
- nabalunews
- 7 minutes ago
- 1 min read

27 Disember 2025
KOTA KINABALU: Beberapa daerah pedalaman dan pantai timur serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga jam 3 pagi nanti.
Katanya, antara daerah yang dijangka terlibat adalah kawasan Pedalaman antaranya Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau.
“Turut mengalami cuaca sama adalah daerah Sandakan, Tongod dan Telupid serta Wilayah Persekutuan Labuan,” dalam kenyataan yang dikeluarkan, jam 11 malam tadi.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


















Comments