top of page

Ribut petir, hujan lebat berpanjangan dijangka landa Sabah bermula esok

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

18 Februari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 19 hingga 23 Februari ini.


Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan itu berpotensi mengakibatkan cuaca lebih lembap yang membawa ribut petir berserta hujan lebat berterusan di Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh berkenaan.


"Keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan (LCS).


"Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan LCS berkuat kuasa dari 18 hingga 21 Februari ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page