top of page

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sabah

  • nabalunews
  • 14 hours ago
  • 1 min read

ree

12 September 2025


KOTA KINABALU: Beberapa negeri termasuk Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 8 malam ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Menerusi amaran dikeluarkan pada 4.30 petang ini, keadaan cuaca sama dijangka melanda Sarawak serta sebilangan besar Sabah termasuk di pedalaman merangkumi Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan.


“Turut mengalami cuaca sama adalah di Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, selain Kota Marudu serta Pitas.


“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut kenyataan itu.


MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Sementara itu, dua daerah di Sabah telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir susulan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang malam tadi mengeluarkan pengisytiharan bencana berikutan banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat petang semalam.


Sebelum ini, Beaufort turut diisytiharkan sebagai kawasan bencana selepas banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat berterusan pada Selasa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page