top of page

Rumah dan 10 kenderaan Terbakar

  • nabalunews
  • Jan 3
  • 1 min read

3 Januari 2026


BEAUFORT: Sebuah rumah termasuk empat kereta dan empat motosikal dilaporkan musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Takuli, di sini, pagi Sabtu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.56 pagi.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati sebuah rumah telah terbakar 100 peratus dan kebakaran turut memusnahkan empat buah kenderaan iaitu dua Perodua Myvi, sebuah Perodua Viva dan sebuah van Toyota Hiace.


“Turut terbakar enam motosikal yang semuanya terbakar sepenuhnya. Bagaimanapun tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.55 pagi dan ditamatkan pada jam 5.07 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page