top of page
nabalunews

Rumah dua tingkat di Sandakan terbakar


22 Disember 2024


SANDAKAN: Sebuah rumah kekal dua tingkat di Taman Green View 3A, Sandakan, dilaporkan terbakar 50 peratus di tingkat atas dalam satu insiden kebakaran tengah hari tadi.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, panggilan kecemasan diterima pada jam 1:16 petang, dan jentera bomba tiba di lokasi satu minit kemudian. Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 1:30 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 2:04 petang.


Komander Operasi, PBK II Syamzari Ganih, memaklumkan kebakaran dipadamkan menggunakan satu aliran dengan tiga pancutan dan dua pancutan tambahan, dengan sumber air diperoleh daripada jentera bomba dan kolam menggunakan tangki air.


Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.


Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bersama tiga jentera, termasuk FRT, EMRS, dan tangki air, dikerahkan ke lokasi.

Comments


bottom of page