top of page

Rumah pam air di taman perumahan pangsa Yii Villa di Kampung Sim-Sim, Sandakan perlu pembaikan

  • nabalunews
  • Oct 13, 2024
  • 1 min read

13 Oktober 2024


SANDAKAN: Beberapa langkah pembaikan dan peningkatan kecekapan sistem diperlukan untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air rumah di taman perumahan pangsa Yii Villa di Kampung Sim-Sim, Sandakan.


Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menyatakan perkara itu selepas melakukan pemantauan di rumah pam itu bersama wakil Jabatan Air Negeri Sabah Sandakan hari ini.


Tinjauan beliau itu juga untuk memahami dan menilai secara langsung punca keadaan semasa bekalan air di kawasan tersebut serta mencari penyelesaian bagi menangani masalah gangguan bekalan air yang telah dialami oleh penduduk.


Beliau juga meminta Jabatan Air Negeri Sabah untuk menjalankan kajian menyeluruh dan menyediakan cadangan pembaikan yang sesuai demi meningkatkan kualiti bekalan air di kawasan ini.


"Kita juga akan terus berusaha dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan penduduk di kawasan ini dapat menikmati bekalan air yang konsisten dan mencukupi," katanya.


"Manakala pemantauan ini adalah langkah awal ke arah penyelesaian yang berkesan dan mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak berkaitan," tambahnya.


Dalam pada itu, pihak Jabatan Air Negeri Sabah difahamkan akan menyediakan laporan terperinci berdasarkan hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan.


Sebarang kerja pembaikan yang diperlukan akan dilaksanakan jika keadaan mengizinkan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan penduduk terus terpelihara.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page