SABAH CATAT 259 KES BAHARU COVID-19, 1 KEMATIAN, 1 KLUSTER BAHARU
- nabalunews
- Jan 2, 2021
- 1 min read

2 JAN 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 259 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,553 kes.
Satu kes kematian direkodkan di Daerah Sandakan, melibatkan seorang wanita tempatan berumur 65 tahun mempunyai latarbelakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di seluruh Sabah iaitu 51 kes, diikuti Lahad Datu dan Penampang masing-masing 31 kes.
“Keningau merekodkan 24 kes, Sipitang 21 kes, Sandakan (18 kes), Tuaran (17 kes), Putatan (lapan kes), Kalabakan dan Tambunan masing-masing tujuh kes, Tawau, Kota Belud, Papar dan Semporna masing-masing enam kes, Kinabatangan (lima kes), Kunak (empat kes), Beaufort dan Tenom masing-masing tiga kes, Kudat (dua kes), Kota Marudu, Kuala Penyu dan Pitas masing-masing satu kes.
“Ranau, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, hari ini, seramai 281 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,154 orang.
Katanya, sejumlah 1,720 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 621 orang di hospital dan 1,099 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 55 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Saty kluster baharu dilaporkan di Tambunan iaitu Kluster Batu 8 mencatatkan empat kes menjadikan jumlah kumulatif 52 kes,” katanya.















Comments