SABAH CATAT 93 KES BAHARU
- Wartawan Nabalu News
- Feb 25, 2021
- 1 min read

25 Feb 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 93 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,466 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 93 kes positif Covid-19 sebanyak 45 kes (48.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 12 kes (12.9%), saringan kluster baharu dan sedia ada 31 kes (33.3%), PERKESO dan lima kes (5.4%) adalah dari lain-lain kategori.
"Nabawan mencatatkan 24 kes, Keningau (17 kes), Tawau (12 kes), Lahad Datu (tujuh kes), Pitas (enam kes), Kalabakan (lima kes), Kota Kinabalu (empat kes), Tuaran, Sandakan, Putatan dan Kota Marudu masing-masing tiga kes, Kudat (dua kes), Penampang, Kinabatangan, Beluran dan Semporna mencatatkan satu kes.
"Sebanyak 11 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Tenom, Kota Belud, Papar, Beaufort, Telupid, Ranau, Tambunan, Sipitang, Kunak, Kuala Penyu dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, hari ini seramai 127 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,052 orang.
Katanya, pada hari ini juga sejumlah 785 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 283 orang di hospital, 492 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 10 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 41 orang dan 12 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.















Comments