Sabah catat RM24.98 billion pelaburan dalam tempoh 2020 - 2025
- nabalunews
- 7 hours ago
- 1 min read

7 Februari 2026
KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan RM24.98 billion pelaburan diluluskan dalam tempoh lima tahun dari September 2020 hingga September 2025.
Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET), Datuk Ewon Benedick berkata bedasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), RM19.55 bilion terdiri daripada pelaburan asing manakala RM5.43 bilion merupakan pelaburan domestik.
"Tahun 2022 merekodkan pelaburan tertinggi berjumlah RM8.38 bilion, diikuti tahun 2025 sehingga suku ketiga dengan nilai RM7.54 billion.
"Selain itu, kerajaan negeri juga merancang membina Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat serta Taman Perindustrian di Kota Belud bagi merancakkan pelaburan dan aktiviti perindustrian di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Amanat Berhormat Menteri, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Sanjungan Kasih Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, pada Khamis.

Ewon menambah, kerajaan negeri akan mengumumkan pelan tindakan interim bagi menangani isu kesesakan kontena di Pelabuhan Teluk Sepanggar dalam masa terdekat.
Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan perusahaan tempatan bagi memastikan usahawan Sabah mampu bersaing dalam rantaian bekalan pelaburan global.
"Setakat ini hanya 261 syarikat dari Sabah daripada 12,742 syarikat yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk menyertai program ekspo antarabangsa.
“Berdasarkan situasi ini, kementerian perlu melakukan penambahbaikan dalam usaha memperkasakan penyertaan syarikat Sabah di pasaran antarabangsa,” ujarnya.
Hadir sama, Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Jonnybone J Kurum dan Setiausaha Tetap MINDET, Datuk Thomas Logijin. - Japen


















Comments