Sabah Electricity Sokong Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah
- nabalunews
- Oct 26, 2025
- 1 min read

26 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) akan terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, berkata di bawah rangka kerja 'Incentive Based Regulation (IBR), berbagai projek teknikal dan bukan teknikal telah dan akan dilaksanakan.
Katanya, ia membenarkan vendor tempatan yang layak turut diberikan tanggungjawab untuk menyiapkan projek-projek berkenaan.
“Pada tahun 2024, nilai keseluruhan kontrak yang telah dianugerahkan kepada vendor adalah RM406 juta manakala setakat bulan Julai 2025 nilai kontrak yang telah dianugerahkan adalah sebanyak RM117 juta.
“Para vendor tempatan yang berkelayakan akan terus diberi keutamaan untuk mengambil bahagian dalam kontrak tender terbuka di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.
Mohd Yaakob berkata, ini secara tidak langsung akan menghasilkan kesan limpahan ekonomi di kawasan sekitar dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.


















In Space Waves Game, a very positive step and gives great hope for the future of Sabah!