top of page

Sabah FC sasar akhiri kemarau trofi, Arziz yakin prestasi pasukan meningkat

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

13 Mac 2026


KOTA KINABALU: Pengurus Sabah FC, Muhd Arziz Afizy Rumsani, menyifatkan kejayaan pasukan itu mara ke dua perlawanan akhir dalam satu musim sebagai perkembangan positif yang membuktikan peningkatan prestasi pasukan.


Menurutnya, kejayaan melangkah ke final Piala FA dan MFL Challenge Cup 2025-2026 membuktikan Sabah FC mampu bersaing di peringkat tertinggi walaupun sebelum ini berdepan pelbagai kekangan.


Arziz berkata peluang itu tidak mahu disia-siakan dan berharap semua pemain berada pada tahap terbaik bagi menghadapi perlawanan akhir MFL Challenge Cup nanti.


“Pencapaian ini memberi suntikan semangat kepada pasukan kerana sudah lama Sabah FC tidak menjulang trofi utama,” katanya.


Beliau berkata, jika diimbas kembali, Sabah FC kali terakhir menjuarai Piala FA pada tahun 1995, sebelum kembali meraih kejayaan apabila muncul juara Liga Premier pada 2019.


Dalam pada itu, Arziz turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan barisan pemain sedia ada untuk menghadapi baki saingan Liga Super selain memberikan fokus penuh kepada misi melangkah lebih jauh dalam MFL Challenge Cup musim 2025-2026.


Katanya, sasaran utama pasukan ketika ini adalah memperbaiki kedudukan dalam baki saingan Liga Super sambil memastikan Sabah FC mampu memberikan cabaran terbaik dalam perlawanan akhir yang bakal dihadapi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page