top of page

Sabah Perkukuh Hubungan Dengan China

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Dr Joachim (lima dari kanan) bersama Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Dr Zhu Xinglong (lima dari kiri) memotong kek sempena sambutan ulang tahun ke-76 Penubuhan Republik China di SICC.
Dr Joachim (lima dari kanan) bersama Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Dr Zhu Xinglong (lima dari kiri) memotong kek sempena sambutan ulang tahun ke-76 Penubuhan Republik China di SICC.

26 September 2025


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dengan China dalam pelbagai sektor, termasuk perdagangan, pelancongan, pendidikan dan tenaga boleh diperbaharui, demi manfaat bersama kedua-dua pihak.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hubungan erat itu akan menjadi keutamaan negeri, dengan penekanan terhadap strategi pembangunan bersama dan peluang baharu yang memberi manfaat jangka panjang.


“Kerjasama Sabah–China merentasi bidang pertanian, perikanan, minyak dan gas, infrastruktur, perdagangan serta budaya yang memberikan manfaat nyata kepada kedua-dua pihak.


“Hubungan Malaysia–China kini berada pada tahap tertinggi, diperkukuh dengan lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu dan pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai baru-baru ini,” katanya.


Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-76 Penubuhan Republik China di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), malam tadi.


Hajiji berkata, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dan Sabah, sekali gus memberi momentum baharu dalam menjayakan perkongsian rantau yang stabil dan makmur.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page