SAGAXI: Papar, Semporna Rangkul Emas Bola Tampar
- nabalunews
- 34 minutes ago
- 1 min read

17 Oktober 2025
TAWAU: Pasukan bola tampar wanita Papar dan pasukan lelaki Semporna muncul juara selepas menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan akhir sempena Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.
Papar muncul juara selepas menundukkan Kota Belud dalam perlawanan lima set yang sengit, berakhir dengan keputusan 25-23, 22-25, 25-9, 19-25 dan 15-12.
Kejayaan itu sekali gus memastikan pingat emas menjadi milik daerah Papar bagi kategori wanita, manakala Kota Belud meraih pingat perak. Pasukan Lahad Datu pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
Bagi kategori lelaki, Semporna menampilkan aksi bertenaga untuk menundukkan Tuaran dalam perlawanan limaa set yang sangat sengit dengan keputusan 25-18, 22-25, 25-21, 19-25 dan 13-15.
Kemenangan itu mengesahkan emas buat Semporna, sementara Tuaran terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak sementara Lahad Datu mendapat pingat gangsa.
Comments