top of page

Samun Berkumpulan, Dua Ditahan

  • nabalunews
  • May 27, 2025
  • 1 min read


27 Mei 2025


LAHAD DATU: Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan tanpa senjata di Kampung Binuang, di sini, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian samun berkenaan berlaku pada jam 6 pagi, melibatkan mangsa iaitu seorang peniaga lelaki berusia 35 tahun.


Katanya, suspek bersama rakannya dikatakan menyerang sebelum melarikan motosikal milik peniaga terbabit.


“Dalam kejadian berkenaan, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di dada, bahu dan tangan.


“Kedua-dua suspek berjayaditahan dalam dua serbuan berasingan pada malam Isnin dan awal pagi tadi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, salah seorang suspek didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaand dan permohonan reman akan dibuat terhadap kedua-dua suspek bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page