SATU KLUSTER BAHARU DIKESAN DI KILANG UDANG TAWAU
- Wartawan Nabalu News
- Jan 25, 2021
- 1 min read

25 Jan 2021
Oleh Anne Sham
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan daerah Tawau dikenali sebagai Kluster Industri Apas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Industri Apas mengesan dua kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22 kes.
“Kes indeks merupakan penjaga stor di kilang udang di Batu 3 di Mukim Sri Tanjung, Tawau disahkan positif Covid-19 melalui saringan bergejala pada 16 Januari lalu.
“Saringan kontak rapat masih lagi dijalankan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Mengenai kes sembuh pada hari ini, Masidi berkata, seramai 400 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 42,806 orang.
Katanya, sejumlah 2,678 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 832 orang di hospital, 1,827 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
“Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 91 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.















Comments