top of page

Satu lagi kluster baharu libatkan pelajar sekolah di Tenom

Wartawan Nabalu News


19 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan pelajar asrama di SMK Tenom, dikenali sebagai Kluster Mantailang Atas – Tenom.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu dikategorikan sebagai kluster institusi pendidikan.


“Kes indeks adalah pelajar lelaki, 19, tinggal di asrama di SMK Tenom. Kes indeks mula bergejala sejak 11 November 2021 kemudiannya didapati positif Covid-19 setelah menjalani saringan pada 13 November.


“Saringan sama seterusnya dijalankan terhadap kontak rapat indeks kes yang terdiri dari rakan sekelas, rakan asrama serta keluarga dan berjaya mengesan 15 lagi kes,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Setakat ini jumlah kumulatif kes dalam kluster itu ialah 16 kes termasuk satu kes baharu yang dilaporkan hari ini.


Yorumlar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page