top of page

Satu lokaliti di Tawau dilaksanakan PKPD bermula 13 September ini

  • Writer: Jacquline Ebit
    Jacquline Ebit
  • Sep 11, 2021
  • 1 min read


11 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Satu lokaliti di Tawau dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 13 September hingga 26 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Taman Semarak Megah.


"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini telah meningkat kepada 45 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Ranau (10 lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Tambah Masidi, PKPD di lima lokaliti melibatkan daerah Kudat dan Putatan akan ditamatkan seperti yang dijadualkan.


"PKPD di Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat dan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan  Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai di Putatan akan ditamatkan seperti yang dijadualkan pada 12 September ini," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page